dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program E-Sport Dan Sambutan Kemerdekaan 2025 @ Perpustakaan Tambun Tulang

21 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 20 & 21 Ogos 2025, NADI dan Perpustakaan Tambun Tulang telah berkerjasama dalam mengadakan Pertandingan Mobile Legend yang telah diadakan di Kolej Komuniti Arau. Sambutan daripada pelajar kolej tersebut sangat merangsangkan dan seramai 5 kumpulan mendaftarkan diri untuk bertanding.

Selain pertandingan Mobile Legend, NADI juga turut serta dalam menyemarakkan sambutan hari kemerdekaan dengan membantu untuk menyediakan bahan pertandingan mewarna kerjasama bersama staf Perpustakaan Tambun Tulang kepada pelajar tadika berdekatan. Pakaian terbaik yang bertemakan kemerdekaan juga turut diadakan kepada kanak – kanak tadika dalam memupuk semangat sambutan kemerdekaan 2025.

Kesimpulan dari program tersebut, NADI berharap agar dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara..